Dengan menunggang kete hitamku aku memecut laju ke ofis. Perjalanan yg biasenye memakan mase 15 minit berjaya ku singkatkan ke 10 minit sahaja. Ku kerah kuase kudaku mencapai kelajuan 160km/jam pagi ini. Satu rekod baru bagiku. Tidak sempat ku melayan karenah Rudy dan JJ Dj radio kegemaranku. Dengan diiringi lagu klasik dendangan Jonah Brothers (tak ingat plak tajuk die ape) aku menekan pedal minyakku habis habisan.Takde satu pon yg aku bagi can sume aku tinggal bertiang tiang. Habislaaa minyak kete aku camni. Celakak punye Badawi turunkan harge minyak seposen.
Jam menunjukkan pukul 9.10pagi. Naluri hati mengatakan tiade ruang parkir lagi untukku. Namun benak kepala besar lagi degil ini tetap mahu mencuba nasib. Ah mungkin ade yg tak bangun pagi lagi seperti yg selalu terjadi pada seorang sahabat ofisku. Dengan hati penuh debar ku putar tayar keteku masuk ke kawasan parkir atas. Ciss dah penuh plak. Peratusan untuk mendapat ruang parkir makin mengecil. Ku putarkan lagi tayar keteku ke parkir tingkat bawah. Ciss penuh juga. Hanya yg tinggal ruang parking yg disimpan untuk bos2 kesayangan syarikat. Sebiji objek oren ajaib berdiri teguh berjaya menghalang sesiapa yg bukan bos daripada menggunakan ruang parkir tersebut. Begitu hebat kuasa objek tersebut hanya jaga parkir sahaja yg mempunyai abilities(mcm peter patrelli) untuk mengangkatnya ke tempat lain. Dengan hati yg remuk aku keluar terus ke kawasan pembinaan bangunan mencari spot baekkk untuk kerete ku. Setelah dengan penuh gaya melancarkan teknik reverse parking dengan jayanya, aku mengorak langkah ke ofisku.
Mengah berjalan tak abis pon lagi, seekor haiwan putih dengan yakin masuk ke kawasan parkir ofis aku. Hahaha bertuah la ko ruang parkir dah habis bai. Namun dengan selambanya jaga parkir ofisku mengalihkan objek oren ajaib penghalang kereta parking bagi membolehkan haiwan tersebut menggunakan ruang parkir tersebut. Ah dia ini bos syarikat kah? Dari segi penampilan haiwan putih ini jauh sekali die merupakan seekor bos syarikat. Apatah lagi dengan muka serta dressing tuan punya haiwan ini. Seperti seorang yg tidak habis belajar gamaknya. Ku teliti rupa orang ini seperti pernah berjumpa tapi di mana ya. Oh dia ini segerombolan dengan orang yg hanya duduk di belakang kaunter pertanyaan itu! Celakak! Jam sudah 9.30pagi. Si s*** ini datang lagi lewat dari aku tapi dapat ruang parkir yg selesa sedangkan aku terpaksa menapak jauh untuk menambat kereteku. Mmg c**** beb. Bikin panas jer!!
Aku tak terdaya untuk berbuat apa2 selain menyumpah seranah dalam hati sahaja. S*** b*** sume kuar. Tak hingat punye carut beb. Seraya aku melangkah melintasi haiwan putih ini aku berfikir apakah yg patut aku lakukan bagi meredakan carutan hatiku ini. Jika haiwan putih ini diletakkan di kawasan panas sudah tentu akan ku kulum berbiji2 gula2 hacks dan ku susun dengan cantik membentuk kata2 carutan di cerminnya. Mungkin aku patut meninggal kan bekas tapak kasut kedai Kim Hoe ku secara berirama di badannya. Ataupon mungkin kahak yg bersarang di tekakku ku tempel dengan cantik di bumbungnya. Atau dengan tak sengaja mata kunci keretaku menyusur halus di badannya. Akan kuingat nombor pendaftaran haiwan ini sampai bila2.
p/s : Korang mungkin dpat teka apekah sebbenarnye haiwan putih ini. Die skarang kadang2 tuka jadi haiwan lain kaler itam. Itam macam tuan die
~Number4~
Hahah... yang penting sinisnya ada dong... tapi kalau lagi direct lagi bagus la!
ReplyDeletehaha..gud one
ReplyDeleteludah sahaja tombol pintunya....geli dan mudah modus operandinya....
ReplyDeletethey dont park there for no reason.they are dealing with customers n going out to 'help' the associate to settle their visa n etc...peace!!!haha
ReplyDeleteThe thing about parking is, preferential treatment should only for "bosses" only, not their lowly secretary, or HR.
ReplyDelete"they dont park there for no reason.they are dealing with customers n going out to 'help' the associate to settle their visa n etc...peace!!!haha"
ReplyDeleteSo it is the receptionist's job then?